Peralatan-peralatan Rehlah

July 17, 2008 at 3:17 pm | In Aktiviti Ikhwanul 15 | 1 Comment
Tags: ,

Assalamualaikum.

Hehe. Saya admin baru di sini. Teruja lah pulak. Harap maaf di atas kelewatan kiriman senarai peralatan-peralatan yang perlu dibawa ke rehlah.

Umum

  • Baju sukan (2 atau 3 helai, secekupnya untuk digunakan sepanjang program di Alang Sedayu)
  • Peralatan mandi
  • Dua pasang kasut
  • Pinggan dan cawan (setiap seorang)
  • Parang (1 bagi setiap kumpulan)
  • Ma’thurat
  • Makanan ringan dan potluck (sarapan pagi)

Tambahan (Bagi Banat)

  • Tudung (bulat sahaja)
  • Jubah atau baju kurung
  • Kain batik

Peringatan

  • Tudung tiga segi tidak dibenarkan dan dicadangkan agar anda memakai tudung sekolah bagi banat.
  • T-shirt tidak berkolar dibenarkan bagi banin.
  • Telefon bimbit dan kamera sahaja dibenarkan untuk dibawa bersama (di bawah tanggungjawab sendiri).
  • Potluck untuk breakfast wajib dibawa setiap seorang.
  • Bagi sesiapa yang tidak mengikuti program/tidak mengikuti program sepenuhnya, anda diminta membuat surat permohonan dan mendapatkan tandatangan Cikgu Rusyida sebagai bukti pengesahan kebenaran sebelum hari Sabtu.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh dirujuk kepada mana-mana AJK. Aduan juga boleh dibuat di sini. Kerjasama anda amatlah kami hargai.

1 Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. ade p’tanyaan… orang lua leh join?? hehe…


Leave a comment

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.