Rehlah

July 21, 2008 at 12:40 pm | In Aktiviti Ikhwanul 15, Muhasabah... | 18 Comments
Tags: ,

Amacam?

Best rehlah?

Nak kongsi sebarang cerita, manfaatkanlah ruang komen ni ye…

p/s: Siapa-siapa yang ada koleksi gambar rehlah, bolehlah kongsikan ye… Bagi tahu je “ana ada koleksi gambar rehlah” kat ruangan komen, nanti pihak moderator blog akan hubungi anda melalui email yang disediakan.

Syukran.

Peralatan-peralatan Rehlah

July 17, 2008 at 3:17 pm | In Aktiviti Ikhwanul 15 | 1 Comment
Tags: ,

Assalamualaikum.

Hehe. Saya admin baru di sini. Teruja lah pulak. Harap maaf di atas kelewatan kiriman senarai peralatan-peralatan yang perlu dibawa ke rehlah.

Umum

  • Baju sukan (2 atau 3 helai, secekupnya untuk digunakan sepanjang program di Alang Sedayu)
  • Peralatan mandi
  • Dua pasang kasut
  • Pinggan dan cawan (setiap seorang)
  • Parang (1 bagi setiap kumpulan)
  • Ma’thurat
  • Makanan ringan dan potluck (sarapan pagi)

Tambahan (Bagi Banat)

  • Tudung (bulat sahaja)
  • Jubah atau baju kurung
  • Kain batik

Peringatan

  • Tudung tiga segi tidak dibenarkan dan dicadangkan agar anda memakai tudung sekolah bagi banat.
  • T-shirt tidak berkolar dibenarkan bagi banin.
  • Telefon bimbit dan kamera sahaja dibenarkan untuk dibawa bersama (di bawah tanggungjawab sendiri).
  • Potluck untuk breakfast wajib dibawa setiap seorang.
  • Bagi sesiapa yang tidak mengikuti program/tidak mengikuti program sepenuhnya, anda diminta membuat surat permohonan dan mendapatkan tandatangan Cikgu Rusyida sebagai bukti pengesahan kebenaran sebelum hari Sabtu.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh dirujuk kepada mana-mana AJK. Aduan juga boleh dibuat di sini. Kerjasama anda amatlah kami hargai.

Rehlah

July 12, 2008 at 12:48 pm | In Aktiviti Ikhwanul 15 | 25 Comments
Tags: ,

Ana rasa, Antum dan Antunna semua maklum mengenai rehlah Ikhwanul Fifteen yang InsyaAllah akan diadakan di Alang Sedayu pada 19 dan 20 Julai ini. InsyAllah kita akan masuk meneroka kawasan Alang Sedayu tersebut sehingga tiba di Sungai Pisang. Difahamkan, akan ada air terjun kat sana. Dalam pula tu! Bolehlah kita sama-sama melepaskan tekanan (mana taknya, hari-hari kerja rumah bertimbun!) serta merapatkan lagi ukhuwwah sesama kita.

Gambar sekitar pemandangan menuju ke Sungai Pisang. Best, ada terowong, kena lalu denai-denai hutan, baru ketemu air terjun tu! (Hehehe, pengalaman sendiri ni!)

Cakap pasal rehlah, terbayang kat ruang mata ana keseronokan bermandi sungai sambil bergurau senda bersama rafiq-rafiq sekalian. (Doakan ye hari cerah, tak hujan. Kalau hujan, payah la gamaknya nak mandi sungai :( )

Bersama ni ana lampirkan aturcara rehlah…

Sabtu, 19 Julai 2008

08:00 am Berkumpul di SMIAAG

08:30 am Bertolak ke Alang Sedayu

09:00 am Tiba di Alang Sedayu

09:20 am Taklimat ringkas program

09:45 am Explorace Sungai Pisang

01:00 pm Khidmat Diri

01:30 pm Solat Zuhur

02:00 pm Sukaneka

03:00 pm Memasak Bersama-sama

04:00 pm Jamuan Makan

04:30 pm Solat Asar

05:00 pm LDK 1 (Bersama PEPIAS)

06:00 pm Berkemas-kemas untuk Pulang dan Bertolak ke SMIAAG

06:30 pm Tiba di SMIAAG

07:00 pm Khidmat Diri

07:30 pm Solat Maghrib dan al-Mathurat

08:00 pm Makan Malam

08:45 pm Solat Isya’

09:00 pm LDK 2 (Bersama PEPIAS)

11:00 pm Bersiap-siap untuk Tidur dan Surah al-Mulk

11:30 pm Tidur

Ahad, 20 Julai 2008

05:00 am Qiamullail

05:45 am Solat Subuh dan al-Mathurat

06:20 am Kuliah Subuh

07:00 am Riadhah

08:00 am Sarapan Pagi

08:30 am Resolusi

09:30 am Pembentangan Resolusi

10:00 am Pulang

Apa-apa masalah/pertanyaan mengenai rehlah boleh diajukan di ruangan komen kat post ni. (Tolonglah jangan nak komen kat post Assalamualaikum tu gak. Payah orang lain nak rujuk!) Kalau nak tahu lebih mendalam lagi, terus tanya Akh Azizi atau Ukht Hajar.

Syukran

Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.