IKLAN

September 17, 2008 at 2:00 am | In Wafdul Amin | Leave a Comment

PENGENALAN WAFDUL AMIN 2008

September 17, 2008 at 1:15 am | In Wafdul Amin | Leave a Comment

Salam…

Sebagai langkah permulaan, di sini ada disisipkan sedikit sebanyak mengenai pengenalan Wafdul Amin 2008. Pengenalan ini – meliputi objektif, perancangan, tempat, dan tema, telah dibincangkan dan dibentangkan di hadapan ibu bapa. Alhamdulillah, kesemuanya telah dipersetujui, namun terdapat beberapa perkara yang memerlukan kepada perincian yang lebih mendalam. Cernalah kesemuanya dengan hati dan minda yang terbuka supaya yang buntu menjadi tahu, yang mengerti, semakin memahami. Jangan nanti, kalian mendakwa, “kami tak dapat apa-apa info pun mengenai Wafdul Amin…!”

Objektif Wafdul Amin

<!–[if !supportLists]–>Ø <!–[endif]–>Memperkasa pembangunan modal insan melalui program anak angkat dan khidmat kebajikan.

Pembangunan modal insan akan dapat diperkasakan apabila para pelajar SMIAA yang tinggal selama beberapa hari di kawasan perkampungan tersebut akan dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai suasana kehidupan masyarakat kampung. Sepanjang berlangsungnya program ini juga, para murid akan dilatih untuk mempraktikkan segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang tempoh persekolahan dan mendedahkannya kepada masyarakat setempat. Perkongsian ini akan dapat membina serta membuka minda semua peserta yang terlibat dengan program ini, sekaligus memperkasakan pembangunan modal insan.

<!–[if !supportLists]–>Ø <!–[endif]–>Melakukan anjakan minda terhadap para peserta

Para murid SMIAAG yang tinggal di bandar akan terpaksa melakukan anjakan minda apabila melihat kehidupan masyarakat kampung yang rata-rata kehidupannya lebih santai. Murid-murid SMIAAG akan belajar rapat dan mengenali budaya kampung yang diamalkan oleh masyarakat kampung. Budaya seperti semangat kejiranan yang masih diamalkan di kampung akan dapat diperhatikan dengan lebih dekat oleh anak-anak didikan bandar.

Para peserta yang terdiri daripada masyarakat desa pula akan mengalami anjakan minda apabila mereka berinteraksi rapat dengan murid-murid SMIAAG yang rata-rata dibesarkan dalam kancah kehidupan di bandar. Pendedahan ini akan menyebabkan para peserta dari desa dapat mengenali budaya masyarakat bandar yang terkenal dengan kesibukannya, suasana kehidupan yang kompetitif, dan kehidupan yang materialistik.

Di mana?

Kampung Sumpitan, Lenggong, Perak Darul Ridzuan

Tema?

Charity for All, Good Deeds for All

Apa yang telah dirancang?

Aktiviti yang telah dirancang adalah berdasarkan kepada jumlah dana yang berjaya dikumpul (Rujuk Lampiran Belanjawan). Sekiranya jumlah dana yang berjaya dikumpul berada di bawah RM 33,550.00, aktiviti kemasyarakatan yang bakal dijalankan adalah terhad, iaitu hanya berkisar mengenai asas-asas kebajikan sahaja, seperti gotong-royong, rehlah, dan pertandingan, yang dijalankan di bawah bajet yang sangat rendah.

Sekiranya dana terkumpul adalah di antara RM 33,550 sehingga RM 40,550.00 aktiviti yang bakal dijalankan adalah lebih tertumpu ke arah memperkasakan khidmat masyarakat dan perkongsian yang bakal dijalankan. Pemerkasaan ini dijalankan dengan menambah bilangan dana yang disalurkan untuk aktiviti kemasyarakatan tersebut. Dengan bertambahnya dana yang digunakan, peralatan-peralatan yang digunakan untuk menyerikan lagi aktiviti tersebut akan dapat ditambah. Secara tidak langsung, kesannya juga akan bertambah.

Sekiranya dana yang berjaya dikumpul adalah RM 40,550.00 ke atas, aktiviti khidmat masyarakat yang dijalankan akan lebih menyeluruh. Kesan yang bakal ditinggalkan melalui perkongsian tersebut juga akan bertambah. Setelah tinggal di sana selama beberapa hari, anak-anak desa di sana akan diambil dan dibawa ziarah ke Kuala Lumpur untuk menimba pengalaman serta mempelajari kehidupan masyarakat bandar. Melalui ziarah ini, program ini mampu mencetuskan kesedaran dan melakukan anjakan paradigma terhadap pelajar-pelajar al-Amin serta anak-anak desa yang terpilih.

Persediaan KAKUM 08

July 6, 2008 at 9:02 am | In Muhasabah..., Wafdul Amin | 1 Comment
Tags: ,

terkenang, dan terbayang
tak dapat aku lupakan
tapi sayang, semuanya tinggal kenangan
temanku, kekasihku
kuingin seperti dulu
bersama menjelajah dunia
kekuatan, kebanggaan
bebas dan terus berjalan
kenangan tak mungkin ku lupakan
daku harap teman semua
dapat bersama semula
perjuangan kita masih belum pudar
kemananya….
teman setia….
perjuangan….
ku ingin kau semua…
bersama semula…….

Daku berharap agar batch kita bersatu semula, banin dan banat, tanpa ada sengketa dalam hati kita semua. Ikhwanul 15 Bersama Semula! InsyaALLAH!

*Diambil daripada salah satu komen yg diterima untuk post “Assalamualaikum”…

Jujurnya, ana rasa teramat gembira apabila melihat hampir kesemua ahli-ahli batch kita bersatu turun padang tatkala persiapan Kamar Ilusi dan Jumble Sale yang dibuat khas demi menjayakan Wafdul Amin 2008. Walaupun ada antara kita yang sibuk dengan hambatan tanggungjawab pada kelab, namun masih ada masa yang diluangkan untuk Wafdul Amin.

Teruja juga melihat ahli-ahli batch kita sama-sama solat berjemaah, makan bersama, dan melakukan segala persiapan secara bersama Malam KAKUM 2008. Semoga kehangatan ukhuwwah yang dibina akan dapat diperbaik dan dikekalkan selama-lamanya. Semarakkan ukhuwwah antara kita semua. Perjuangan kita masih panjang, bukan setakat Wafdul Amin 2008, tetapi melangkaui itu. Kita mempunyai masyarakat untuk sama-sama ditarbiah!

Juga sekalung tahniah diucapkan kepada ahli batch kita yang berjaya mengharumkan nama Ikhwanul Fifteen apabila berjaya menggegarkan pentas akhir Al-Amin Interclass Debating Championship 2008. Tidak dijugakan kepada ahli Ihkwanul Fifteen yang layak ke pusingan separuh akhir dan suku akhir pertandingan kali ini. Kalian telah melakukan yang terbaik. Tahniah diucapkan.

Pustaka Yamien

June 28, 2008 at 3:52 pm | In Wafdul Amin | Leave a Comment
Tags: ,

Assalamualaikum Warahmatullah…

Ada berita baik buat semua…

Pustaka Yamien ada menawarkan kepada kita (Ikhwanul Fifteen) satu lagi punca pendapatan bagi menampung perbelanjaan Wafdul Amin.

InsyaAllah mereka akan mengeluarkan buku bertajuk Masyarakat Tonggak Kekuatan Ummah yang bakal dijual dengan harga RM 19.00 sebuah. Jika kita berjaya menjualnya sebuah untuk Wafdul Amin, insyaAllah, kita boleh mengambil RM 15.00 untuk dimasukkan ke tabung Wafdul Amin. (baki RM 4.00 akan diberi kepada Pustaka Yamien semula.)

Jadi, apa lagi! Jomlah menjual sama-sama. Sebarang pertanyaan boleh dicatatkan di ruangan komen.

Wafdul Amin bersama KKT4

June 27, 2008 at 1:24 pm | In Wafdul Amin | 2 Comments

MESYUARAT KELAB KELAS TINGKATAN 4/2008 YANG PERTAMA

Tarikh : 15 Jun 2008 (Ahad)

Tempat : 3 Ar-Razi

Masa : 10.30 pagi – 1.00 petang

Agenda : 1) Pembukaan majlis

2) Perlantikan AJK tertinggi dalam organisasi Kelab Kelas

3) Pembentangan Projek Wafdul Amin 2008

4) Tayangan Video Wafdul Amin 2006

5) Sesi soal jawab dan cadangan ibu bapa kelab kelas dalam memberi sokongan

6) Penutupan majlis

Bil

Agenda

Catatan

1

2

3

Pembukaan majlis

Perlantikan AJK tertinggi dalam organisasi Kelab Kelas Tingkatan 4 bagi sesi 2008

Pembentangan Projek Wafdul Amin 2008 (berdasarkan slide show dan kertas kerja)

Setelah berlalunya sesi pendaftaran untuk kehadiran ibu bapa, majlis terus dimulakan. Bagi menjadikan majlis syura ini penuh barakah, majlis dibuka dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah yang dipengerusikan oleh Puan Junaidah Ibrahim. Tirai perbincangan dimulakan dengan sesi taaruf.

Berikut adalah keputusan perlantikan :

AJK Tertinggi

Pengerusi

Encik Hanifah

Timbalan Pengerusi

Encik Husna

Setiausaha

Encik Azizi

Bendahari

Puan Junaidah Ibrahim

AJK Bawahan

Semua ibu bapa yang hadir kecuali nama-nama di atas

Pembentangan dikendalikan oleh saudari Nurazlina bt Azizi iaitu penolong ketua Biro Aktiviti. Berikut adalah perkara yang diketengahkan :-

1) Mengenali Wafdul Amin

2) Sejarah Ringkas Wafdul Amin

- sesi 2006

- sesi 2007

5

6

Tayangan Video Wafdul Amin 2006

Sesi soal jawab dan cadangan ibu bapa

Penutupan majlis

3) Pengenalan Wafdul Amin 2008

- Tarikh : 1-6 Disember ( Isnin-Sabtu )

- Tempat : Kg Sumpitan, Lenggong, Perak

- Tema : Charity For All,Good Deeds For All

- Posisi Lenggong

- Mengapa Kg Sumpitan..?

- Matlamat utama Wafdul Amin 2008

· Memperkasa pembangunan modal insan melalui program anak angkat dan khidmat kebajikan.

· Melakukan anjakan minda terhadap para peserta

4) Organisasi Wafdul Amin 2008

5) Cadangan Aktiviti

6) Perancangan Wafdul Amin

7) Belanjawan

o Kos tetap

o Pakej 1

o Pakej 2

o Pakel 3

8) Punca pendapatan sekarang

ü Jualan

ü Perkhidmatan

9) Dana terkumpul

10) Punca pendapatan baru

§ Pembentangan kepada ahli korporat

11) Bantuan yang dipohon daripada ibu bapa

12) Bagaimana pemberi dana boleh membantu

13) Balasan kepada pemberi dana

Keterangan tayangan video oleh saudari Nabilah bt Syamsudin. Tayangan video mengambil masa 18 minit.

Berikut adalah hasil cadangan punca pendapatan baru Wafdul Amin 2008 :-

  • Hari Kantin

- Perlukan pengesahan daripada Tuan Pengetua

  • Zakat Perlis

- Pembayaran melalui cek

  • Penjualan cakera padat Al-Quran tafsir (KIV)
  • Servis cuci kereta dan kemas rumah keluarga

- Semua pelajar tingkatan 4 perlu mendapatkan dana melalui servis di atas daripada keluarga.

- Ini mendidik dan membantu anak-anak dalam melakukan kerja amal.

- RM 40.00 sebulan x 100 orang pelajar x 5 bulan = RM 20,000

· Pembentangan kepada ahli korporat :

- Draft perlu dihantar dan die-mailkan kepada semua ibu bapa sebelum 22 Jun 2008

- Latihan kepada para pembentang yang terdiri daripada anak-anak akan dibuat

Perkara yang perlu anak-anak lakukan :

- Buat kad semakan untuk dana yang dapat dikumpul oleh individu (ala-ala kad Jogathon)

- Akhir bulan Ogos 2008 : tetapkan pakej yang akan digunakan

- Buat target : perlukan berapa ringgit untuk tempoh seminggu

- Menghadiri Hari Usahawan untuk belajar serba sedikit bab usahawan dalam menjayakan lagi proses pengutipan dana melalui aktiviti jualan

Perjumpaan terdekat ibu bapa dengan anak-anak yang akan membincangkan tentang Wafdul Amin :

Tarikh : 19 Jun 2008 (Khamis)

Masa : 7.30 pagi – 8.30 pagi

Tempat : Dewan Seminar

Tirai perbincangan majlis syura telah ditutup dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr yang telah dikendalikan oleh Encik Hanifah tepat pada pukul 1.00 petang.

Cadangan Aktiviti

June 25, 2008 at 1:18 pm | In Muhasabah..., Wafdul Amin | 54 Comments
Tags: ,

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, kertas kerja sulung Wafdul Amin akan dihantar insyaAllah pada akhir bulan ini ke Majlis Perbandaran Taiping. Dalam kertas kerja yang bakal dihantar itu, kita perlu melampirkan itinerary lengkap untuk rujukan pihak di sebelah sana. Jadi, buat masa ini, blog ini mencadangkan kepada semua pembaca untuk sama-sama berkongsi idea demi menjayakan Wafdul Amin ini. Sebarang idea bolehlah dicoretkan dalam ruangan komen.

Selain itu, sebelum antum mencoret sebarang idea, ana rasa wajar untuk antum fikirkan dahulu rasional atau tidak idea antum itu dengan matlamat utama Wafdul Amin – sebagai program khidmat masyarakat. Fikirkanlah idea yang rasional. Sebarang idea yang dikongsi hendaklah dinyatakan sebabnya mengapa idea tersebut dipilih serta keserasiannya dengan matlamat utama Wafdul Amin itu sendiri. (Matlamat utama Wafdul Amin boleh dilihat dalam post bawah-bawah.) Kalau boleh, ana tak naklah ada idea yang diberi hanya memberi faedah kepada kita, dalam istilah lain “syok-syok sendiri” seperti idea untuk shopping dan sebagainya.

Perlu diingat, setiap sen yang dikutip untuk Wafdul Amin ini merupakan amanah masyarakat di sini buat masyarakat kampung. Jangan kita salah gunakannya kerana takut kita termakan duit yang bukannya hak kita (atau dalam istilah kasarnya, duit yang haram untuk kita). Jernihkan kembali fikrah kita semua terhadap Wafdul Amin – satu program kebajikan masyarakat, bukannya program suka-suka dan “syok-syok sendiri”.

Selamat memberi idea yang bernas mengenai aktiviti! Setiap idea yang diberi akan dihargai. Syukran.

Gambar-gambar Mesyuarat Bersama Ibu Bapa 15 Jun 2008

June 22, 2008 at 1:37 pm | In Wafdul Amin | 10 Comments
Tags:

Ini antara gambar-gambar Mesyuarat Bersama Ibu Bapa Murid Tingkatan 4 pada 15 Jun 2008 yang sempat dimasukkan dalam blog. Alhamdulillah, berkat perjumpaan tersebut, pelbagai perkara telah berjaya disepakati bersama. Luahan idea banyak tidak terkira. Alhamdulillah, sesungguhnya kerjasama serta pengalam hidup para ibu bapa amat-amat diperlukan oleh pihak kami bagi menasihati kami dalam menjalankan Wafdul Amin ini. Syukran Jazilan…

Khusyuk kaum bapa mendengar serta mencatat isu-isu yang ditimbulkan semasa mesyuarat berlangsung.

Khusyuk anak-anak mendengar segala mutiara hikmah yang diungkap oleh ibu bapa yang hadir pada mesyuarat tersebut.

Bersemangat sekali Encik Hanifah, pengerusi Kelab Kelas Tingkatan 4 2008 melontarkan idea beliau. Terima kasih Pak Cik Hanifah!

Khusyuk… Cikgu Fatimah, Siti Akmal, dan Nur mendengar segala intipati mesyuarat.

Antara kaum ibu yang turut serta dalam mesyuarat tersebut.

Seputar Rombakan Semula AJK Wafdul Amin

June 18, 2008 at 2:38 pm | In Muhasabah..., Wafdul Amin | 4 Comments
Tags:

Seputar episod rombakan semula AJK Wafdul Amin hasil musyawarah guru-guru, keadaan dalam batch kita seringkali tidak keruan. (Ana khususkan kepada Banat). Suara-suara ketidakpuasan hati jelas kedengaran di sana-sini. Ramai antara kita saling bermasam muka apabila bersua sesama sendiri, menyimpan geloran kecewa dalam jiwa seorang diri, dan tidak ketinggalan pula golongan yang sudah naik mual dengan situasi sebegini. Kesemuanya ana perhatikan dengan penuh kekecewaan.

Kecewa? Mengapa kecewa? Entahlah. Yang pasti, ana kecewa bila ramai antara kalian yang seolah-olah tidak memahami erti berbaik sangka terhadap rakan-rakan satu tingkatan. Apabila tercetusnya sesuatu insiden “besar” seperti ini, ramai antara kita yang gagal mengharunginya. Sikap saling mempercayai sudah tidak wujud sesama kita. Suara “soksek-soksek” di belakang jelas kedengaran. Ungkapan-ungkapan tajam seperti “back stabbers,” “selfish” yang ditujukan buat sahabat-sahabat seperjuangan kita sering berkeliaran. Tidak perasankah kalian bahawa kalimah-kalimah seperti ini mampu merosakkan motivasi mereka yang baru dilantik menjadi AJK Wafdul Amin 2008?

Sedikit renungan buat semua, seminima ukhuwwah yang dibina atas dasar ukhuwah lillah ialah berbaik sangka. Persoalannya, pada hari ini, benarkah ukhuwwah yang selama ini kita bina sesama ahli-ahli batch kita ini berlandaskan ukhuwwah lillah?

Akhir sekali, hayatilah warkah ukht Nabilah Shamsudin yang dikirimkan khusus bagi meluahkan perasaan beliau mengenai situasi ini. Selamat mencerna…

-ADMIN_

Assalamualaikum…
Buat tatapan sahabat seperjuanganku,

Mari kita imbas kembali perjalanan hidup kita dari awal tahun ini sehingga kini. Di manakah kita? Apakah tanggungjawab yang sedang kita pikul? Adakah sudah terlaksana tanggungjawab itu? Renung-renungkanlah. Bagi ana banyak hikmah di sebalik semua yang sudah terjadi kini, dan segala yang telah terjadi itu adalah atas kehendak Allah. Buat sahabat-sahabatku yang sedang dilanda ujian.. ingatlah bahawa selagi mana seseorang itu beriman kepada Allah, pasti dia akan diuji. Maka bersyukurlah kalian kerana kalian masih diuji oleh Allah dengan sedikit ujian daripadaNYA, dan sesungguhnya Allah tak akan memberikan ujian itu jika kita tidak mampu mengatasinya.

Bagi sahabatku yang sedang berdukacita kerana pertukaran Ahli Jawatankuasa Wafdul Amin 2008, hapuskanlah kesedihanmu itu. Sesungguhnya Allah akan mengurniakan perkara yang lebih manis serta indah buat orang yang bersabar. Istighfar jika hati terasa tidak tenang dengan keputusan itu, mungkin kadangkala kita alpa dalam melaksanakan amanah yang diberi itu, atau mungkin itu hanya ujian Allah buat kita bagi merenung kembali dosa-dosa kita padaNYA.

Alhamdulillah, Allah masih memberikan ana sedikit kesempatan untuk menulis di ruangan ini bagi mengisi hati-hati yang inginkan sedikit ketenanangan. Ketenangan ini bukanlah anugerah ana, tapi anugerah Allah Azzawajalla. Justeru ayuhlah kita beristighfar bersama-sama dan mengucap Alhamdulillah kerana masih dikurniakan pelbagai nikmat yang tiada batasanya. Alhamdulillah… Alhamdulillah…Alhamdulillah.

Sahabatku,
Apabila seseorang itu menerima tangunggjawab, maka secara automatiknya mereka sebenarnya memikul satu bebanan tugas yang berat dan harus digalas dengan baik. Jika kita tidak melaksanakannya maka kita akan diperhitungkan di Padang Mahsyar di akhirat kelak dengan perhitungan yang mungkin kita tidak sukai. Mengapa ini terjadi? Mungkin salah satu puncanya adalah kerana seseorang yang telah diberi tugas tidak melaksanakan amanah tersebut dengan baik. Maka bersyukurlah kalian yang kini tidak lagi memikul satu bebanan yang besar di bahu kalian.

Sahabatku,
Perubahan sesuatu perkara bukanlah bermakna membawa satu keburukan buat kita semua. Perubahan kadangkala membawa seribu satu rahmat dan hikmah yang mungkin tidak kita sedari. Kadangkala hikmah dah rahmat itu hanya disedari setelah ia berlalu pergi. Jadi renung secara mendalam apa hikmahnya dan apa rahmatnya perubahan ini buat Ikhwanul 15… Jangan sampai ia berlalu pergi tanpa kita sedari. Cuba tenangkan hati menerima kejutan ini.

Ana beri satu contoh mudah dalam penyebaran dakwah Rasulullah. Masih ingatkah kalian tika mana penduduk Makkah dalam zaman kegelapannya? Siapakah yang membawa sinarnya? Alhamdulillah dengan izin Allah, kedatangan Nabi Muhammad S.A.W telah membawa cahaya yang menerangi hidup penduduk Makkah seterusnya membuka lembaran baru dalam kamus hidup mereka. Lihatlah bahawa perubahan dalam Islam amat digalakkan. Bukan bermakna kalian yang sudah tidak memegang jawatannya tidak berguna, tetapi hanya memberi sedikit nafas baru dalam menjayakan misi Wafdul Amin 08. Idea-idea dan sumbangan kalian masih lagi diperlukan bagi menjayakan Wafdul Amin ini. Jangan merasa susah atau sedih akan hal ini. Dalam sesebuah organisasi ketua, iaitu guru-guru telah membuat keputusan yang InsyaAllah untuk kebaikan bersama. Oleh itu, la tahzan! Akh dan ukhtu yang dikasihi sekalian, setiap dari kita termasuk ana sendiri masih diperlukan bagi menjayakan wafdul amin ini.

Sahabatku,
Kekuatan sesebuah organisasi atau batch itu bukan pada kekuatan jumlah pelajarnya, tetapi pada jumlah hati-hati kita yang bersatu dan bersahabat kerana Allah. Ana ingin sekali menyeru kalian agar hapuskanlah dendam jika ada dihati kalian terhadap rakan-rakan kalian. Kerana jika kita kekal bermusuhan maka runtuhlah oraganisasi itu. Tak mahukah kita menjadi batch yang dicontohi kerana baiknya akhlak kita pada guru-guru, senior-senior, adik-adik terutamanya? Ayuh sahabatku… sambunglah tali-tali ikatan persahabatan yang telah putus itu dek ditiup syaitan laknatullah. jangan biarkan syaitan kuasai hati-hati kita untuk membenci rakan-rakan kita. Maafkanlah mereka dengan hati yang terbuka, nescaya hati akan mnjadi lebih tenang. Harus diingat setiap orang yang muslim itu bersaudara, maka ikatlah hati-hati ini kerana Allah.

Sahabatku,
Pesananku yang terakhir buat kalian, dalam menjayakan Wafdul Amin ini ana harap agar kita sama-sama berganding bahu memberi komitmen terhadap ajk2 baru yang dilantik ini. Beri mereka peluang untuk membuktikan kepada kita bahawa mereka mampu melakukannya. Ayuh kalian buang yang keruh ambil yang jernih. Usah disimpan duri dalam hati kerana ia hanya akan membengkakkan hati dan tidak akan menyelesaikan apa-apa jua masalah. Jagalah dan peliharalah ukhuwwah kita agar suatu hari nanti di akhirat kita dipertemukan kembali kerana kita mencintai sahabat-sahabat kita kerana Allah. Tidak mahukah kalian bertemu dalam keadaan yang diredhai Allah ini? Jadi dalam menjayakan Wafdul Amin, harus diingat bahawa di dunia luar kita adalah pemimpin harapan, kita dalah contoh buat masyarakat sekeliling, kita adalah khalifah yang paling utama di muka bumi ini. Jagalah dan peliharalah perilaku kalian, kerana ia mencerminkan diri kalian yang sebenarnya. BUKTIAKAN KITA ADALAH BATCH YANG BAIK AKHLAK DAN PERIBADINYA.
Alhamdulillah, sampai jua hajat ana untuk menulis sedikit agar kita dapat bersama-sama merenung dan beristighar kembali atas segala kesilapan kita yang lalu. Jam menunjukkan pukul 11.09 minit malam. Tangan terasa lenguh. Sehingga bertemu lagi.


Wassalam…salam ukhuwwah dari ana

Nabilah Shamsudin
-baik menjadi orang yang penting, tetapi lebih penting menjadi orang yang baik-

Wafdul Amin 2008 – Pengenalan

June 17, 2008 at 1:18 pm | In Wafdul Amin | 16 Comments
Tags:

Salam…

Sebagai langkah permulaan, di sini ada disisipkan sedikit sebanyak mengenai pengenalan Wafdul Amin 2008. Pengenalan ini – meliputi objektif, perancangan, tempat, dan tema, telah dibincangkan dan dibentangkan di hadapan ibu bapa. Alhamdulillah, kesemuanya telah dipersetujui, namun terdapat beberapa perkara yang memerlukan kepada perincian yang lebih mendalam. Cernalah kesemuanya dengan hati dan minda yang terbuka supaya yang buntu menjadi tahu, yang mengerti, semakin memahami. Jangan nanti, kalian mendakwa, “kami tak dapat apa-apa info pun mengenai Wafdul Amin…!”

Objektif Wafdul Amin

Ø Memperkasa pembangunan modal insan melalui program anak angkat dan khidmat kebajikan.

Pembangunan modal insan akan dapat diperkasakan apabila para pelajar SMIAA yang tinggal selama beberapa hari di kawasan perkampungan tersebut akan dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai suasana kehidupan masyarakat kampung. Sepanjang berlangsungnya program ini juga, para murid akan dilatih untuk mempraktikkan segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang tempoh persekolahan dan mendedahkannya kepada masyarakat setempat. Perkongsian ini akan dapat membina serta membuka minda semua peserta yang terlibat dengan program ini, sekaligus memperkasakan pembangunan modal insan.

Ø Melakukan anjakan minda terhadap para peserta

Para murid SMIAAG yang tinggal di bandar akan terpaksa melakukan anjakan minda apabila melihat kehidupan masyarakat kampung yang rata-rata kehidupannya lebih santai. Murid-murid SMIAAG akan belajar rapat dan mengenali budaya kampung yang diamalkan oleh masyarakat kampung. Budaya seperti semangat kejiranan yang masih diamalkan di kampung akan dapat diperhatikan dengan lebih dekat oleh anak-anak didikan bandar.

Para peserta yang terdiri daripada masyarakat desa pula akan mengalami anjakan minda apabila mereka berinteraksi rapat dengan murid-murid SMIAAG yang rata-rata dibesarkan dalam kancah kehidupan di bandar. Pendedahan ini akan menyebabkan para peserta dari desa dapat mengenali budaya masyarakat bandar yang terkenal dengan kesibukannya, suasana kehidupan yang kompetitif, dan kehidupan yang materialistik.

Di mana?

Kampung Sumpitan, Lenggong, Perak Darul Ridzuan

Tema?

Charity for All, Good Deeds for All

Apa yang telah dirancang?

Aktiviti yang telah dirancang adalah berdasarkan kepada jumlah dana yang berjaya dikumpul (Rujuk Lampiran Belanjawan). Sekiranya jumlah dana yang berjaya dikumpul berada di bawah RM 33,550.00, aktiviti kemasyarakatan yang bakal dijalankan adalah terhad, iaitu hanya berkisar mengenai asas-asas kebajikan sahaja, seperti gotong-royong, rehlah, dan pertandingan, yang dijalankan di bawah bajet yang sangat rendah.

Sekiranya dana terkumpul adalah di antara RM 33,550 sehingga RM 40,550.00 aktiviti yang bakal dijalankan adalah lebih tertumpu ke arah memperkasakan khidmat masyarakat dan perkongsian yang bakal dijalankan. Pemerkasaan ini dijalankan dengan menambah bilangan dana yang disalurkan untuk aktiviti kemasyarakatan tersebut. Dengan bertambahnya dana yang digunakan, peralatan-peralatan yang digunakan untuk menyerikan lagi aktiviti tersebut akan dapat ditambah. Secara tidak langsung, kesannya juga akan bertambah.

Sekiranya dana yang berjaya dikumpul adalah RM 40,550.00 ke atas, aktiviti khidmat masyarakat yang dijalankan akan lebih menyeluruh. Kesan yang bakal ditinggalkan melalui perkongsian tersebut juga akan bertambah. Setelah tinggal di sana selama beberapa hari, anak-anak desa di sana akan diambil dan dibawa ziarah ke Kuala Lumpur untuk menimba pengalaman serta mempelajari kehidupan masyarakat bandar. Melalui ziarah ini, program ini mampu mencetuskan kesedaran dan melakukan anjakan paradigma terhadap pelajar-pelajar al-Amin serta anak-anak desa yang terpilih.

Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.